Mohon Sekarang
Sudah Bersedia Untuk Memperkasakan Perniagaan Anda?
Pastikan anda mempunyai salinan digital dokumen-dokumen berikut
Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menjadi Usahawan ILTIZAM!
Tempoh permohonan telah dilanjutkan ke 2 Oktober 2022
Hari
Jam
Minit
Rebut Peluang Ini & Realisasikan Potensi Anda!
Anda Mungkin Tertanya-Tanya…
Program ILTIZAM Catalyst merupakan sebuah program di bawah Program Keusahawanan ILTIZAM yang memberi bantuan secara langsung melalui penasihat teknikal yang berkelayakan untuk memantapkan perniagaan anda dan menjadikan anda usahawan yang lebih berdaya maju dan lestari.
Program ILTIZAM Catalyst terbuka untuk semua perniagaan Bumiputera dengan pendapatan antara RM300,000 hingga RM1 juta dan berdaftar dalam Malaysia selama paling kurang dua tahun dan memenuhi kriteria kelayakan.
Program ILTIZAM Catalyst tidak terbuka untuk perniagaan yang berkaitan dengan:
Antara isu perniagaan yang boleh dibantu dalam Program ILTIZAM Catalyst termasuklah:
Perkembangan Jualan
Kemahiran Strategik
Kecekapan/ keberkesanan Kos
Anda akan menerima bantuan teknikal dalam aspek Kewangan & Pematuhan, Penjenamaan & Pemasaran Digital, Adaptasi Teknologi & Digital dan Kepimpinan dalam bentuk ilmu pengetahuan, alatan dan sokongan teknikal bernilai sehingga RM25,000*.
*Bantuan bukan dalam bentuk wang tunai.
Bantuan khusus untuk setiap kategori adalah seperti berikut:
Teras 1: Kewangan dan Pematuhan
Kewangan
Pematuhan
Teras 2: Penjenamaan dan Pemasaran Digital
Penjenamaan
Pemasaran Digital
Teras 3: Adaptasi Teknologi & Digital
Automasi
Teras 4: Kepimpinan
Perancangan Strategik & Mentaliti Perniagaan
Penasihat Rakan Usahawan
Kepimpinan Berkesan
Kriteria kelayakan untuk menyertai program ILTIZAM Catalyst adalah seperti berikut:
Anda boleh semak Kriteria Kelayakan dengan menekan di sini .
Anda perlu sediakan dokumen berikut untuk permohonan Program ILTIZAM Catalyst:
Anda juga perlu memilih 3 wakil daripada syarikat anda untuk menghadiri program ini (pemilik & kakitangan pengurusan yang utama).
Jika dokumen/ video anda tidak lengkap, peringatan akan dihantar kepada anda untuk melengkapkan penghantaran dokumen dalam masa 7 hari bekerja.
Permohonan akan tamat pada 2 Oktober 2022. Jika anda layak, anda akan dipilih untuk temuduga Program ILTIZAM Catalyst.
Permohonan dibuka pada 5 September 2022 dan tarikh tutup telah dilanjutkan ke 2 Oktober 2022.
Potensi Perkembangan
Kejayaan anda dalam Program ILTIZAM Catalyst akan membuka peluang untuk anda dalam program keusahawanan ILTIZAM yang lain, dan meningkatkan peluang anda untuk menjadi syarikat portfolio EKUINAS.
Penambahbaikan Kecekapan
Anda dapat mengakses teknologi terbaharu lengkap dengan alat kawalan yang terbaik.
Rangkaian Industri & Bimbingan
Anda mendapat akses kepada rangkaian Alumni ILTIZAM Advance sedia ada dan syarikat portfolio EKUINAS.
Kepimpinan & Budaya
Tingkatkan kemahiran kepimpinan, budaya dan keterlihatan jenama anda dan luaskan jangkauan anda ke pasaran baharu.
Membuka Peluang Pembiayaan
Manfaatkan pilihan pembiayaan yang pelbagai serta tingkatkan potensi perniagaan anda untuk menjadi sebahagian daripada syarikat portfolio EKUINAS.
Terdapat pelbagai syarikat yang telah berjaya menyertai Program Keusahawanan ILTIZAM seperti KinderKaizen, Eatalian Express, Raw Denim House, Hutan Ration dan banyak lagi!