Kriteria Kelayakan

Kami Memahami Masalah & Cabaran Perniagaan Anda

Kemahiran dan kewangan yang terhad
Kesukaran untuk mendapatkan dana yang mencukupi
Kekurangan panduan/ bimbingan/ kemahiran kepimpinan
Isu pengurusan/ pengekalan tenaga kerja
Sistem automasi yang terhad
Kurang mahir dalam pengurusan kewangan

Program ILTIZAM Catalyst ada penyelesaian untuk anda!

Semak Kriteria Kelayakan Kami

Program ILTIZAM Catalyst mungkin sesuai untuk perniagaan anda

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    • Sijil Pendaftaran Syarikat*

    • Kad Pengenalan Pemilik (KP)*

  • Perniagaan mempunyai pendapatan tahunan antara RM300,000 sehingga RM1 juta selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun kewangan atau lebih

    Akaun kewangan atau penyata kewangan (aliran tunai) selama 2 tahun yang lepas (atau lebih)**

  • Memaparkan kelayakan dan sebab untuk menyertai program ini

    Profil syarikat (rumusan jenis perniagaan anda dalam apa-apa bentuk seperti video / akaun Instagram / eDagang / laman web dan lain-lain)*

  • Perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya 51% pemegang saham Bumiputera

    Maklumat pemegang saham

  • Perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pekerja sepenuh masa

    Penyata caruman KWSP majikan atau rekod slip gaji

  • Komitmen untuk menyertai Program ILTIZAM Catalyst

    3 orang wakil untuk menyertai program ini, tetapi hanya seorang wakil diperlukan pada setiap masa sepanjang program (pemilik & kakitangan pengurusan yang utama)

*Wajib untuk permohonan program
**Wajib untuk sekurang-kurangnya satu tahun kewangan, bukan kedua-dua tahun atau lebih

Manfaat dan Peluang Yang Boleh Dijangka Melalui Penyertaan Program ILTIZAM Catalyst

Anda boleh dapatkan bantuan teknikal dan bimbingan secara langsung bernilai sehingga RM25,000* untuk memantapkan teras perniagaan anda

KEWANGAN &
PEMATUHAN

KEWANGAN

  • Penyediaan/ semakan penyata kewangan (P&L, BS, CF).
  • Analisis & tafsiran penyata-penyata kewangan menggunakan nisbah kewangan utama.
  • Semakan pelan perniagaan, pelan strategik & model perniagaan.
  • Nasihat tentang keperluan pelaburan jangka pendek & jangka panjang, serta pembiayaan perniagaan.

PEMATUHAN

  • Memberi sokongan dalam menubuhkan syarikat Sdn Bhd termasuk keperluan yang berkaitan dengan cukai.
  • Penasihat perjanjian Perkongsian atau Pemegang Saham.
  • Menyemak dokumentasi penting, keperluan untuk operasi perniagaan yang berkesan, serta perlesenan & sijil.

PENJENAMAAN &
PEMASARAN DIGITAL

PENJENAMAAN

  • Menjalankan Audit Jenama.
  • Menghasilkan persona jenama dan mengenal pasti kumpulan sasaran.
  • Mewujudkan atau menyemak strategi dan garis panduan jenama.

PEMASARAN

  • Menyediakan Templat Reka Bentuk Pemasaran Digital.
  • Menyediakan Templat untuk Kalendar Kandungan.
  • Merancang atau menyemak strategi Pemasaran Digital.

ADAPTASI TEKNOLOGI
& DIGITAL

AUTOMASI

  • Analisis keperluan semasa dan mencadangkan sistem terbaik untuk proses automasi.
  • Menyediakan sistem Kewangan - sistem Pengebilan/ POS.
  • Menyediakan sistem Sumber Manusia.
  • Menyediakan sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM).
  • Menyediakan latihan untuk mengoptimumkan sistem, serta penyelenggaraan dan kenaikan taraf sistem pada masa hadapan.

KEPIMPINAN

PERANCANGAN STRATEGIK & MENTALITI PERNIAGAAN

  • Sokongan untuk strategi & transformasi perniagaan yang berasaskan kebolehan untuk beradaptasi.

PENASIHAT RAKAN USAHAWAN

  • Platform sesi suai kenal untuk berinteraksi dengan penasihat rakan usahawan.

KEPIMPINAN YANG BERKESAN

  • Keterlibatan dengan peneraju industri dan pemilik perniagaan yang berjaya.

*Bantuan yang diberi bukan dalam bentuk wang tunai.

Aliran Proses Program ILTIZAM Catalyst

Setelah mendaftar untuk program ini, permohonan anda akan disemak oleh beberapa panel sebelum kelulusan diberikan untuk layak ke proses pemilihan penyertaan program ini..

Program ILTIZAM Catalyst Terbuka Kepada Semua Sektor Perniagaan*