Kisah Kejayaan
Program Usahawan ILTIZAM Telah Membantu Merealisasikan Potensi Sebenar Perniagaan
Eatalian Express merupakan satu-satunya pengeluar pasta tempatan yang menghasilkan pasta sayuran tulen dan berkhasiat dengan kandungan fiber yang tinggi yang diiktiraf oleh MARDI. Perniagaan mereka bermula apabila sepasang suami isteri hendak membeli pasta sayuran yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak mereka, namun produk tersebut tiada di pasaran. Mereka membuat keputusan untuk menghasilkan pasta sayuran mereka sendiri yang mendapat sambutan ramai sehingga tertubuhnya jenama Eatalian Express. Walau bagaimanapun, mereka telah sampai ke satu tahap di mana mereka tidak mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Eatalian Express memerlukan bantuan untuk meningkatkan nilai jenama serta menyelaraskan proses jualan dan pengedaran mereka. Pertama, ILTIZAM telah membantu dalam meningkatkan nilai jenama Eatalian Express dengan melantik pakar pemakanan sebagai penasihat serta menguruskan permohonan sijil HACCP dan pelbagai jenis sijil pemakanan yang lain.
Seterusnya, ILTIZAM telah membantu dalam pembinaan laman web baharu yang berfokuskan penyelarasan jualan secara atas talian lengkap dengan gerbang pembayaran dan sistem pengurusan dropship dan ejen. ILTIZAM juga telah membantu dalam aspek penjenamaan dan pemasaran dengan melantik cef selebriti untuk mencipta resipi unik menggunakan produk Eatalian Express, lantas melonjakkan lagi nilai jenama mereka.
Jenama Eatalian Express kini berkembang pesat menembusi pasaran antarabangsa dengan eksport ke negara China.
Jenama yang kukuh dan reputasi yang bagus adalah sangat penting dalam membina perniagaan yang lestari. Inilah antara cabaran yang dihadapi oleh KinderKaizen, sebuah perusahaan sektor pendidikan yang mempunyai model pendidikan yang inovatif tetapi berhadapan dengan masalah kekurangan pengambilan pelajar disebabkan penjenamaan yang tidak konsisten dalam pemasaran cawangan-cawangan mereka. Program ILTIZAM telah membantu KinderKaizen menjalani Proses Diagnostik yang telah mengenal pasti keperluan untuk menaik taraf dan menambah baik strategi pemasaran mereka untuk meningkatkan pengambilan pelajar.
Program ILTIZAM juga telah membantu KinderKaizen menjalankan kajian pasaran untuk mengenal pasti kumpulan sasaran utama mereka dan merancang strategi penjenamaan yang profesional. Program ILTIZAM turut membantu dalam penciptaan manual identiti korporat untuk memastikan penjenamaan yang selaras untuk semua cawangan. Langkah-langkah ini telah membantu Kinderkaizen untuk menjadi lebih efektif serta berupaya untuk memanfaatkan kekuatan dan strategi harga yuran mereka.
Mereka juga berhadapan dengan cabaran yang amat sukar semasa pandemik COVID-19 menular, di mana ibu bapa terpaksa mengeluarkan anak-anak mereka dari KinderKaizen akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ILTIZAM, melalui Dana Ihsan COVID-19, telah menghulurkan dana pembayaran sewa premis untuk membantu Kinderkaizen mengekalkan perniagaan mereka, lantas membolehkan mereka untuk beroperasi semula setelah tamat PKP.

Hutan Ration memulakan operasi pada 2016 dengan menghasilkan makanan bernutrisi tinggi seperti bar tenaga, bebola protein dan granola menggunakan bahan semulajadi. Mereka mempunyai teras perniagaan yang bagus dan penjenamaan yang khusus, berasaskan pelan perniagaan 5 tahun yang beraspirasi tinggi. Walau bagaimanapun, mereka kurang mahir dalam pengaturan strategi untuk mencapai objektif mereka akibat kekurangan panduan dan bimbingan. Akibatnya, mereka hanya bergantung dan belajar daripada kesilapan untuk langkah seterusnya.
Untuk mencapai visi sebagai jenama Makanan Sukan Halal Bernutrisi No. 1 di Dunia, Program ILTIZAM Advance telah mengenal pasti dan merancang pelan strategik yang merangkumi pengembangan pasaran dan pengedaran, seterusnya membolehkan syarikat tersebut merealisasikan potensi sebenar mereka.
Kini, Hutan Ration telah menjadi jenama pilihan ramai dalam arena sukan tempatan. Produk Hutan Ration kini diedar ke seluruh dunia di bawah syarikat pengedaran mereka iaitu Sports Allied Services. Hutan Ration turut mempunyai kilang pengeluaran di Terengganu dan terus membina jenama mereka dengan melibatkan diri secara langsung dalam acara sukan tempatan. Mereka baru sahaja menganjurkan Ultramarathon 160km pertama mereka di Terengganu yang turut membantu mempromosikan pelancongan sukan negeri.
Raw Denim House bermula pada 2011 dengan satu mesin jahit dan tiga anak muda di Besut, Terengganu. Didorong oleh minat yang mendalam untuk pakaian denim, tiga anak muda ini menggunakan bahan berkualiti untuk mencipta jeans artisanal tempatan yang bermutu tinggi. Walaupun mereka mempunyai minat yang mendalam, perniagaan mereka serba kekurangan dari aspek rantaian bekalan dan jangkauan pasaran. Namun, Program ILTIZAM melihat dengan jelas potensi yang hebat dalam Raw Denim House.
Program ILTIZAM telah melengkapkan Raw Denim House dengan latihan, penyelidikan dan bantuan dana untuk mencari bahan fabrik dan komponen pakaian denim yang terbaik di Pameran Canton di Guangzhou, China. Ini membolehkan mereka untuk menghasilkan rangkaian produk jeans ‘Ready-to-Wear’. Program ILTIZAM juga telah menyediakan laman web baharu yang dilengkapi dengan platform e-dagang untuk meningkatkan jualan dalam talian dan meluaskan lagi jangkauan pasaran mereka.
Program ILTIZAM turut membantu mereka mengubah status daripada Perkongsian kepada syarikat sendirian berhad dan memberi Perkhidmatan Perakaunan & Kesetiausahaan, lalu mencipta teras perniagaan kukuh untuk perkembangan yang lestari. Baru-baru ini, ILTIZAM menjadi pemudah cara kerjasama antara Raw Denim House dan Kapten Batik untuk mencipta jeans artisanal inovatif yang menggabungkan batik dan denim.
Raw Denim House telah berkembang maju dalam arena perniagaan dengan peningkatan jualan dan pelanggan setia di seluruh Malaysia dan di serata dunia.